fbpx

UMNO tak cadang PRU-15 musim banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PONTIAN – UMNO menafikan tuduhan serta tohmahan yang dilemparkan oleh pelbagai pihak apabila mencadangkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini terutama pada musim tengkujuh.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya tidak sekejam atau tidak berperikemanusiaan apabila dituduh sengaja memilih pada masa banjir untuk melaksanakan PRU tersebut.

Ahmad Maslan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat ( ANMS ) Peringkat Daerah Pontian, disini, hari ini.

Katanya, sebelum mencadangkan tarikh PRU-15, UMNO terlebih dahulu telah merujuk kepada agensi berkaitan mengenai keadaan cuaca terutama pada bulan Disember sama ada sesuai atau sebaliknya.

Menurut beliau, jika tidak dapat dilakukan pada bulan Disember, PRU-15 mungkin boleh diadakan lebih awal pada bulan Oktober atau November yang tidak bertembung dengan musim banjir.

“Jangan tuduh kami (UMNO) dengan pelbagai kata-kata yang tidak elok yang hanya cuba untuk mengelirukan rakyat, perlu ada bukti dan fakta sebelum mengeluarkan sesuatu perkara tersebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat ( ANMS ) Peringkat Daerah Pontian, disini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI