fbpx

Tiga lelaki ditahan curi kabel RM20,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas daripada suspek yang disyaki mencuri tembaga.

PETALING JAYA – Pihak polis berjaya menahan tiga lelaki tempatan disyaki mencuri kabel tembaga bernilai RM20,000 di sebuah pusat komersial di Pandan Indah, Ampang minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek pertama ditahan di Batu 6 Jalan Gombak, kira-kira jam 10.30 pagi semalam manakala dua lagi rakannya ditahan di Jalan Air Jerneh Setapak pada hari sama.

“Semakan mendapati suspek pertama memiliki tujuh rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah selain positif dadah jenis syabu, manakala dua lagi tiada rekod jenayah dan negatif dadah.

“Pihak kami turut merampas pakaian dan sebuah lori yang diguna semasa kejadian dipercayai dilakukan 16 September lalu, selain turut menemui satu salinan resit bayaran penjualan kabel,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya modus operandi individu berkenaan adalah dengan menyasarkan gelung kabel yang diletakkan di tangga rumah kedai.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan kesemua lelaki berusia berusia di antara 24 tahun hingga 34 tahun itu direman empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI