fbpx

Simptom nyanyuk Joe Biden makin ketara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banyak insiden yang berlaku sejak setahun lepas menimbulkan keraguan mengenai tahap kecergasan kognitif Biden bagi terus menjawat jawatan Presiden AS. - Getty Images

BANDAR RAYA NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden sekali lagi terlibat dalam insiden memalukan di khalayak ramai apabila dirakam seperti ‘keliru dan bingung’ semasa selesai membuat ucapan pembukaan pada Persidangan Dana Global, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku apabila Biden mengakhiri ucapannya. Beliau mula dirakam ke hulu dan ke hilir mencari jalan turun dari pentas dengan raut wajahnya terpapar kekeliruan.

Pemimpin berusia 79 tahun itu juga dipercayai bertanya kepada hadirin di bawah pentas bagaimana mahu turun.

Situasi tersebut ‘diselamatkan’ oleh pengerusi majlis yang meluru ke arah mikrofon dan mengucapkan terima kasih kepada Biden yang pada ketika itu masih ‘merayau’ di belakang pentas sebelum berjumpa jalan turun.

Ini bukan kali pertama Biden dirakam berdepan situasi yang dianggap oleh beberapa pemimpin politik AS sebagai petanda bahawa beliau tidak mampu untuk meneruskan khidmat sebagai Presiden.

Biden pernah ‘ditangkap’ tertidur semasa duduk di barisan hadapan Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2021 di Glasgow, Scotland.

Pada bulan Mac lalu, Presiden ke-46 AS itu secara langsung tersilap merujuk Ukraine sebagai Iran semasa berucap mengenai serangan yang dilakukan oleh Russia.

Selain itu, Wanita Pertama AS, Jill Biden pernah juga menjadi ‘mangsa’ kekeliruan suaminya apabila Presiden itu merujuk Jill sebagai Naib Presiden AS sedangkan beliau merujuk kepada dirinya sendiri.

Klip tersebut kini tular di media sosial dan menambah kepada senarai panjang mengenai tahap kecergasan fizikal dan mental Biden untuk jawatan presiden. 

Pada Ahad lalu, semasa muncul dalam program wawancara 60 Minutes, Biden menolak cadangan beliau terlalu tua atau tidak layak untuk bertanding semula pada 2024.

“Tunggu dan lihat bagaimana saya akan membuktikan perkara itu salah,” ujarnya.

Orang ramai di Twitter melabelkan klip itu sebagai situasi menyedihkan dan berkata,  Biden bertindak pelik dan janggal, malah membuat spekulasi bahawa beliau kelihatan seperti tidak tahu di mana beliau berada.

Di sebalik penafian mengenai impak tahap kesihatan terhadap kepimpinannya, Biden enggan memberi pengesahan mengenai pemilihan semula pada 2024.

“Niat saya memang untuk bertanding semula tetapi adakah ia satu keputusan yang wajar? Itu perlu dinilai kembali apabila tiba masanya,” tegas Biden.

Beberapa insiden yang memaparkan kelemahan kognitif Biden turut termasuk mengulangi percakapan sendiri, terlupa nama dan lokasi sesuatu kejadian, memerlukan pengawasan isteri dan menceritakan kisah yang tidak pernah berlaku. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI