fbpx

Semangat Harimau Malaya menjulang tinggi di Chiang Mai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM PAN-GON gembira dengan persembahan anak-anak buahnya yang tidak tunduk mengalah pada aksi menentang Thailand pada saingan Piala Raja di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai kelmarin. – FAM

IDEOLOGI Korea Selatan yang dibawa Kim Pan Gon seakan sudah pun meresap dalam diri setiap pemain Harimau Malaya dan segalanya seolah-olah berada di landasan tepat untuk meletakkan pasukan pada tahap terbaik.

Aksi Piala Raja menentang Thailand di Stadium 700th Anni­versary, Chiang Mai kelmarin menyerlahkan lagi mentaliti pemain yang tidak pernah tunduk dengan tekanan apabila menghadirkan keputusan positif buat Malaysia.

“Kami bermain di gelanggang lawan dan secara fizikal mahupun mental, kami lebih tertekan, namun pemain sudah melakukan sehabis baik bagi mengatasi situasi itu. Pada akhirnya pemain berjaya menghadirkan keputusan terbaik buat pasukan.

“Kami dapat jangka perkara ini (gol penyamaan) boleh berlaku kerana saya pernah hadapi situasi ini banyak kali, namun setiap masa pemain sentiasa pamer keyakinan, beri komitmen dan mereka cukup kuat untuk atasi situasi ini.

“Terima kasih kepada semua pemain atas persembahan baik, mereka sudah menghadirkan rasa bangga kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed dan pemain pertahanan, La’vere Corbin Ong menjadi dua watak utama kepada kejayaan Harimau Malaya.

Ahmad Syihan menafikan sepakan penalti Supachok Sarachart sebelum Corbin Ong yang membuka gol perlawanan tenang menyempurnakan sepakan penalti kelima negara, sekali gus mara ke final dengan kejayaan 5-3.

Bagaimanapun, Pan Gon akui masih perlu membuat penilaian terutamanya untuk menghadapi Tajikistan di venue sama esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI