fbpx

RUU Sumbangan Politik dibentang November depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA- Rang Undang- Undang (RUU) Sumbangan Politik dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bagi bacaan kali pertama dan kedua pada November depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan begitu yakin dan kekal komited bahawa RUU berkenaan dapat direalisasikan dan dibentang di Mesyuarat Parlimen pada November.

“Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) telah menyediakan skop dan parameter dasar yang digariskan dalam RUU itu untuk dipanjangkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dimuktamadkan.

“Selain itu, RUU ini juga mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang diadakan bersama pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) seperti IDEAS, BERSIH serta pakar akademik,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Dr. Wan Junaidi berkata, pihaknya juga akan mengadakan satu sesi libat urus bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang pada 28 September depan bagi mendapatkan pandangan RUU itu yang sedang digubal.

“Pada masa yang sama, beberapa sesi perbincangan dalaman juga telah dibuat bersama jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memperincikan dasar penggubalan RUU itu,” jelasnya.

Mengimbau kembali sejarah RUU tersebut, inisiatif memperkenalkan undang-undang yang mengawal selia dana politik pernah diusahakan kerajaan pada 2015 melalui penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP).

Namun, hasrat memperkenalkan undang-undang bagi mengawal selia dana politik itu tidak terlaksana.

Cadangan kerangka perundangan bagi RUU tersebut juga pernah dikemukakan pada November 2019 kepada Parlimen untuk dibentangkan dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-undang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI