fbpx

Penumpang tumbuk kepala pramugara berdepan hukuman penjara 20 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Le dirakam menumbuk belakang kepala seorang pramugara ketika dalam penerbangan. - Twitter

WASHINGTON – Seorang lelaki ditahan kerana menumbuk belakang kepala seorang pramugara pesawat American Airlines ketika dalam penerbangan, lapor laman berita 7 News. 

Pihak berkuasa mendakwa Alexander Tung Cuu Le,33, kerana mengganggu kru penerbangan. Le yang berasal dari Westminster, California, berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Insiden berlaku Rabu lalu ketika pesawat itu dalam penerbangan dari San Jose del Cabo di Mexico menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles di California.

Video yang dimuat naik oleh penumpang lain menunjukkan seorang lelaki berlari di belakang seorang pramugara dan menumbuknya ketika kru kabin berjalan ke arah lain.

Menurut afidavit ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI), sejurus selepas berlepas, Le memegang bahu seorang lagi pramugari dan meminta kopi tetapi dia diminta untuk menunggu. 

Le kemudian berpindah dari bahagian belakang pesawat ke tempat duduk berhampiran kabin kelas pertama, tetapi pramugara itu meminta dia kembali ke tempat duduknya.

Dia sebaliknya melawan dengan menghayunkan penumbuk ke arah pramugara itu, demikian menurut afidavit.

Pramugara itu dalam perjalanan untuk melaporkan kejadian tersebut kepada juruterbang apabila dia ditumbuk di belakang kepala.

Beberapa penumpang lain menangkap Le lalu mengikat tangan dan kakinya menggunakan pengikat yang disediakan oleh pramugari lain, demikian menurut ejen FBI.

Pramugara yang cedera itu menghabiskan baki penerbangan dengan meletak beg ais di kepalanya sebelum dibawa ke hospital. 

Presiden Persatuan Pramugari Profesional iaitu kesatuan yang mewakili kru kabin AS berkata, penumpang itu mempamerkan ‘tingkah laku yang berbahaya dan mengancam nyawa’.

“Syukurlah, anak kapal dan penumpang lain menahan lelaki itu dan pesawat mendarat dengan selamat,” kata pegawai kesatuan itu, Julie Hedrick. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI