JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang penghantar makanan secara online menyindir pelanggannya kerana membatalkan pesanan pada saat akhir, lapor laman berita Suara.com.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kabarnegri. Pelanggan itu dikatakan membatalkan pesanan makanan kerana ingin menukar restoran.
Wanita yang menjadi penghantar makanan itu tidak dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut ketika mendapatkan makanan yang dipesan di restoran.
Dia hanya mengetahuinya ketika dalam perjalanan ke lokasi pelanggan tersebut.
Wanita itu menyindir pelanggan tersebut secara halus dan bijaksana. Dia dengan rela hati membayar makanan itu dan membawanya pulang.
“Tidak mengapa kalau diminta batal. Makanan ini saya bawa pulang, semoga dimurahkan rezeki. Terima kasih sudah tempah dan terus dibatalkan,” katanya.
Dia berharap kejadian itu tidak berulang kepada mana-mana penghantar makanan lain.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Kalau tiada duit, jangan pesan makanan. Kesian pemandu kerana harga minyak naik,” kata seorang netizen. – AGENSI