fbpx

Penang FC kembali kejut penyokong, tumbang KL City 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penang FC menang 1-0 ketika menentang KL City di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, di sini malam tadi. FOTO/ IHSAN MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE

GEORGE TOWN – Pasukan Penang FC kembali mengejutkan para penyokong skuad itu pada aksi perlawanan ke-19 Liga Super 2022 apabila berjaya mencatatkan kemenangan tanpa duga ketika menentang Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Bandaraya di sini malam tadi.

Gol pertama skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan diledakkan pemain harapan, Lucas Da Silva, 32, pada minit ke-79, ketika separuh masa kedua hampir tamat.

Pada perlawanan menentang pasukan skuad Warga Kota yang dikendalikan oleh Bojan Hodak itu, hanya kira-kira suku daripada penyokong iaitu 541 orang yang hadir ke stadium.

Jumlah ini dikatakan sangat luar biasa berbanding di awal perlawanan berikutan aksi hambar yang dipamerkan pasukan tuan rumah itu sejak di awal perlawanan lalu.

Difahamkan, kumpulan penyokong setia, Ultras Panthers juga hadir dalam jumlah yang kecil iaitu kurang 20 orang berbanding kehadiran 100 orang sebelum ini.

Untuk rekod, Ini merupakan kemenangan kali kedua buat Skuad Harimau Kumbang dan pertama ketika bertemu pasukan Terengganu FC 2-1 tiga bulan lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI