fbpx

Pas bebas tentu musuh mereka- Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tiga dari kanan) bergambar kenangan rakan pimpinan Bersatu dan bekas pimpinan tertinggi Bersatu pada program sambutan Hari Ulang Tahun Ke-16 parti itu di sini, hari ini. FOTO- MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan berbincang semula dengan Pas berhubung siapa ‘musuh’ sebenar parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini, Pas bebas untuk menentukan siapa musuh mereka ketika ini namun, ia akan dibincangkan kembali apabila hampir dengan PRU15.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, pihaknya tidak boleh mengatur dan menghalang keputusan parti itu buat masa ini.

“Pas bagi pandangan begitu kerana belum ada pilihan raya tapi bila sudah hampir, kita akan duduk bersama dan berbincang. Saya tak boleh kata jangan itu jangan ini. Takpelah buat, saya nak tengok apa hasilnya.

“Adakah UMNO bersetuju dan ‘peluk’ mereka dan ajak untuk bersama dalam Muafakat Nasional (MN), saya kurang pasti,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Sambutan Ulang Tahun Ke-6 Bersatu, di sini hari ini.

Katanya, beliau tidak mahu membuat sebarang telahan namun, ia akan dibincang atas semangat musyawarah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI