fbpx

Mengundi fardu ain – Hadi Awang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi (tiga, kanan) menyampaikan anugerah kepada kawasan-kawasan pada Pelancaran Kempen Pas Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millenium Lubok Merbau, Padang Rengas hari ini. - FOTO/ ZULFACHRI ZULKIFLI

PADANG RENGAS – Presi­den Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) merupakan fardu ain bagi pengundi beragama Islam di negara ini.

Menurut Abdul Hadi, menjadi tanggungjawab semua peringkat umur termasuk pengundi muda berusia 18 tahun ke atas menunaikan kewajipan mereka mengundi.

“Ulama mengatakan bila Islam berdaulat sudah memerintah jihad (mengundi merupakan) fardu kifayah namun bila Islam jatuh dalam bahaya jihad (mengundi) menjadi fardu ain.

“Anak muda berusia 18 tahun ini kena tunai kewajipan mengundi, kewajipan politik kerana ini kewajipan fardu ain dalam suasana orang Islam dalam bahaya dan ia bukan fardu kifayah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Kempen Pas Pilihanku 4.0 Peringkat Negeri Perak di Dewan Millenium Lubok Merbau, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd Akmal Kamarudin di sini hari ini.

Abdul Hadi turut menyifatkan tindakan segelintir anak muda Islam yang menganggap tidak penting untuk menunaikan tanggungjawab mengundi semasa Pilihan Raya Umum (PRU) adalah sebagai malang.

“Ramai orang muda anggap tidak penting keluar mengundi, tidak ambil tahu politik dan siapa yang memerintah kerana bagi mereka aama sahaja.

“Mereka tidak sedar kuasa politik ini menentukan kedaulatan Islam, kuasa Islam kalau dia (pengundi Islam) tidak terlibat orang lain akan ambil alih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI