fbpx

Manchester United pikul beban gaji tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO menjadi penyumbang terbesar beban gaji di United apabila meraih pendapatan paling tinggi dalam kalangan pemain kelab tersebut. – AFP

MANCHESTER – Penyata kewangan tahunan yang dikeluarkan oleh Manchester United menyaksikan Cristiano Ronaldo menjadi penyumbang terbesar kepada beban gaji yang ditanggung kelab itu musim lalu.

Berdasarkan laporan itu, United berdepan komitmen bayaran gaji berjumlah £384.2 juta (RM1.97 bilion) sekaligus menjadi yang tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Biarpun menanggung per­belanjaan besar untuk membayar gaji para pemain mereka, United sekadar menamatkan saingan EPL di tangga keenam musim lalu dan gagal melayakkan diri ke pentas Liga Juara-Juara.

Kehadiran Ronaldo yang me­nerima gaji £500,000 (RM2.5 juta) seminggu turut menaikkan jumlah perbelanjaan The Red Devils sekali gus mengatasi rekod lama £354.6 juta (RM1.81 bilion) yang dipegang oleh Manchester City.

Keputusan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer dan membatalkan perancangan mengekalkan Ralf Rangnick turut ‘memakan’ modal besar apabila kelab itu terpaksa membayar pampasan bernilai £24.7 juta (RM126.7 juta).

Setakat 30 Jun ini, United dilaporkan mengalami kerugian £87.4 juta (RM448.5 juta) dan pe­ningkatan jumlah hutang kelab juga menimbulkan kemarahan penyokongnya terhadap pemilik kelab, keluarga Glazer.

“Petunjuk fiskal kewangan 2022 mencerminkan pemulihan daripada pandemik apabila penyokong kembali dan adanya perkongsian komersial baharu,” kata Ketua Kewangan kelab, Cliff Baty.

Walaupun berdepan komitmen kewangan yang besar, musim panas lalu menyaksikan United membawa masuk beberapa pemain baharu dengan mengeluarkan perbelanjaan sehingga £220 juta (RM1.12 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI