fbpx

Hidup huru-hara ‘diganggu’, sulitnya lupakan Rehan!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI bersahaja dan lucu seorang gadis Indonesia menggunakan nama Intan Lembata Bunting dalam sebuah video miliknya yang viral.

MINGGU ini, aplikasi TikTok seperti dilanda demam nama ‘Rehan’. Sana sini ada Rehan!

Semuanya tercetus selepas video seorang gadis yang menggunakan nama Intan Lembata Bunting menyanyikan lirik lagu Cukup Dikenang Saja berbunyi ‘begitu sulit’ dalam versi sendiri.

Tambah lucu, dia mengubah lirik dengan menggunakan nama Rehan iaitu lelaki yang pernah muncul dalam mimpinya sebelum ini.

Meskipun kandungan videonya bukan sesuatu yang lucu, rata-rata netizen berpendapat mereka terhibur dan akan mencari Rehan atau Raihan dalam dunia realiti.

Video nyanyian popular tersebut setakat ini meraih sebanyak 37.2 juta tontonan dan 1.7 tanda suka.

Bukan itu sahaja, beberapa selebriti terkenal turut membuat parodi video tersebut termasuk Ernie Zakri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI