fbpx

Hattan dedah sejarah Rendang Tak Berbuah nukilan Bob Lokman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hattan bersama arwah Bob Lokman

PETALING JAYA – Penyanyi legenda, Datuk Hattan berkongsi pengalaman sedih apabila memberitahu lirik lagu Rendang Tak Berbuah yang ditulis oleh Bob Lokman dinukilkan ketika Allahyarham sedang meniarap akibat strok.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin memberitahu, sejarah lagu itu sangat menyedihkan kerana ketika itu arwah baru sahaja bercerai dengan isterinya dan lumpuh separuh badan.

“Ketika saya tiba di rumah arwah, dia sedang meniarap akibat lumpuh dan baru lepas bercerai. Lagu ini merupakan rintihan kepada ibu dia.

“Jadi saya tak boleh lupa bagaimana Bob menulis lirik ini tak sampai 45 minit. Fuh. Lagu ini ciptaan saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman bersama peminat semasa membuat persembahan di Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan semalam.

Menurut Hattan, lirik itu sangat dahsyat dari segi makna dan penghayatannya.

“Semoga Bob tenang di sana. Kita yang hidup teruskan perjuangan dan semoga kita semua dikurniakan khusnul khatimah (pengakhiran yang baik).

“Walaupun jasad saya di sini, tetapi hati saya di Kota Bharu (rumah Bob Lokman). Bagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab untuk menghiburkan peminat di sini (Kepala Batas),” katanya.

Dalam perkongsian itu, Hattan turut menyanyikan lagu itu tanpa muzik dengan penuh emosi.

“Boleh tak anda menyanyi tanpa muzik? Ibu mengertilah aku sengsara lemas berendam air mata,” katanya.

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd. Hakim Lokman, 58, menghembuskan nafas terakhir semalam di rumahnya di Kubang Kerian, Kota Bharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI