fbpx

Giliran Aniq Suhair jadi hero muda mencairkan hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DRAMA baharu tayangan TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali trending dalam kalangan penonton.

SELEPAS pelbagai kontroversi dan pertukaran pelakon berlaku, akhirnya drama Sekali Lagi Cinta Kembali menemui penonton bermula 13 September lalu.

Percaturan pihak produksi dengan membariskan pelakon muda, Siti Khadijah Halim dan Aniq Suhair ternyata berjaya.

Masakan tidak, Aniq tiba-tiba tular dan menjadi sebutan ramai selepas memegang watak Hayyat.

Meskipun pertama kali memegang peranan hero, kebanyakan penonton mula cair dengan ketampanan dan cara lakonan Aniq.

“Cerita ini bagus tau, dulu hanya sekadar minat tetapi tidak sangka pula Aniq ada aura penarik,” puji netizen.

“Tersenyum seorang diri menonton drama ini ditambah pula Aniq berjaya jadi hero,” komen seorang lagi netizen.

Untuk info, drama arahan Riza Baharudin itu disiarkan setiap Isnin sehingga Khamis pada pukul 7 malam menerusi slot Akasia TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI