fbpx

Dua pemandu SUV rempuh ‘rider’ negatif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemlangan di Jalan Haji Sirat, semalam yang mengorbankan seorang rider.

KLANG – Dua pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terlibat kemalangan sehingga mengorbankan seorang penghantar barang di Jalan Haji Sirat di sini, semalam didapati negatif dadah.

Wanita dan lelaki berusia 24 serta 20 tahun yang memandu Nissan X-trail itu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, dua individu itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan, kira-kira pukul 6 pagi tadi.

“Hasil saringan air kencing yang dijalankan ke atas mereka didapati negatif dadah. Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya  untuk arahan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang penghantar barang maut selepas motosikal ditunggang dilanggar sebuah SUV dalam kemalangan yang tular di persimpangan lampu isyarat Jalan Haji Sirat, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI