RAUB – Dua pelakon dan selebriti terkenal Azhar Sulaiman,51,dan Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired,48, berbangga ayah dan datuk mereka menjadi antara pejuang hebat anggota Force 136 menentang Jepun sekitar tahun 1944 dan 1945.
Nama ayah dan datuk mereka adalah antara 244 nama pejuang yang diabadikan pada Tugu Peringatan Force 136 Pahang di di Kem Puncak Mas, Raub.
Azhar berkata, ayahnya Kapten Sulaiman Ismail iaitu Ketua Platon Batu Malim memiliki pengenalan diri nombor 1 terkenal seorang tegas dan bersemangat waja menentang penjajah Jepun.
Azhar anak bungsu daripada 14 beradik berbangga kerajaan membina Tugu Peringatan Force 136 Pahang di Kem Puncak Mas, Raub sebagai mengenang jasa pejuang menentang Jepun di Tanah Melayu.
“Ayah saya dikenali Cikgu Sulaiman dan guru pelawat sentiasa mendidik anak-anak bersemangat patriotik, berdikari dan sayangi negara bangsa.
“Pada masa depan cucu cicit dan waris boleh melawat tugu ini bagi mengimbau kenangan dengan izin pihak Kem Puncak Mas,”katanya di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE