fbpx

Dia syok sendiri, bukan tanda pemimpin Islam hebat – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan (tengah) menyampaikan hadiah kepada pemenang selepas perasmian sambutan Karnival Putrajaya 2022, di sini hari ini. - FOTO AMREE AHMAD

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang syok sendiri.

Malahan, beliau dalam nada kesal turut melahirkan perasaan kecewa apabila Pengerusi PN itu menghina Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama bagi gabungan siasah berkenaan.

“Dia syok sendiri, tetapi bagi saya tanda kehebatan seseorang pemimpin Islam itu ialah dia tidak akan bermusuh dengan sesama parti Islam yang lain,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Putrajaya 2022 dan Kempen Bersih Setiap Tempat (Best) Putrajaya di Dataran Putrajaya, di sini tadi.

Terdahulu, Muhyiddin ketika berucap pada acara sambutan ulang tahun keenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang tadi mengingatkan bahawa BN adalah musuh utama PN.

Bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu itu dalam nada angkuh meminta semua parti komponen PN untuk bersepakat menetapkan pendirian mengenai perkara asas tersebut.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, sepatutnya Muhyiddin lebih berjiwa besar dengan tidak membuat pengumuman itu secara terbuka seolah-olah BN langsung tidak pernah pun berjasa.

“Kita (BN) sendiri tiada masalah untuk umum siapa musuh tetapi tidak dibuat kerana anggap semua parti Bumiputera Melayu Islam sebagai sahabat dan itulah lebih baik,” tegas beliau.

Ahli Parlimen Arau itu dalam nada sindiran berkata, sepatutnya Bersatu bermusuh dengan DAP dan PKR yang terbukti rekod buruk mereka sepanjang PH pernah mentadbir negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI