PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kawasan Pantai Timur dan Sarawak malam ini.
MetMalaysia dalam laporannya berkata, di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Tanah Merah.
Sementara itu, bagi Terengganu, amaran cuaca buruk hanya dikeluarkan di daerah Marang dan Dungun.
“Sarawak pula melibatkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Kapit (Song dan Kapit), Miri (Beluru) dan Limbang (Limbang).
Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam ini.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE