fbpx

Amaran ribut petir di tujuh buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan tujuh buah negeri.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta ribut petir yang dijangka akan melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Keadaan sama turut diramalkan berlaku di beberapa daerah di Kedah dan Sabah sehingga pukul 10 pagi ini.

“Di Kedah, amaran ribut petir dikeluarkan bagi daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda.

“Manakala di Sabah pula melibatkan kawasan pedalaman seperti Kuala Penyu dan Beaufort,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI