fbpx

Tinder buka kedai serbaneka konsep percintaan di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIPEMART tidak membenarkan pengunjung berpakaian sekolah. – Sora News

TOKYO – Sebuah kedai serbaneka baharu dibuka di Jepun dengan menawarkan konsep percintaan dan pengalaman romantik, lapor laman berita Sora News. 

SwipeMart yang dikendalikan oleh syarikat aplikasi temu janji, Tinder telah dibuka di daerah Shibuya, Tokyo.

Walaupun dibuka dari 16 hingga 19 September lalu, ia merupakan kejayaan yang memberangsangkan untuk pembukaan lebih banyak cawangan pada masa hadapan.

Kedai itu dibuka untuk mereka yang berusia lebih 18 tahun dan menawarkan beberapa hadiah percuma untuk pengguna aplikasi Tinder sama ada seluar dalam, stokin atau baju-T lengan panjang.

Ahli Tinder juga diberi beberapa pilihan makanan dan minuman seperti kerepek, asam beralkohol dan ‘Tinder Chiki’ (hidangan ayam goreng).

Tiada syarat umur dihadkan untuk pengunjung memasuki kedai itu sebelum pukul 10 malam (waktu tempatan), tetapi mereka yang memakai seragam sekolah tidak dibenarkan masuk untuk sepanjang masa.

Orang ramai diminta memuat turun aplikasi Tinder sebelum mengunjungi kedai itu supaya boleh memanfaatkan semua tawaran percuma dan mengambil gambar untuk profil Tinder mereka dengan berlatarbelakangkan dinding yang mengagumkan.

Swipemart hanya dibuka untuk tempoh masa yang terhad. Melihat kepada barisan pengunjung yang ramai, kedai itu berkemungkinan membuka cawangan baharu pada masa hadapan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI