fbpx

Sungai Menerong bebas bakteria leptospirosis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

HULU TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan dakwaan tular di aplikasi WhatsApp kononnya kawasan perkelahan, Sungai Menerong, Hulu Terengganu masih tercemar dengan bakteria leptospirosis atau kencing tikus.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, kali terakhir air sungai yang terletak di Hulu Berang itu dikesan positif dengan bakteria berkenaan pada 21 April lalu.

“JKNT hanya menerima satu kes penyakit leptospirosis berkait dengan aktiviti riadah di Sungai Menerong pada 21 April lalu dengan keputusan sampel tanah dan air mengesahkannya.

“Begitu pun, tiada kes baharu leptospirosis berkaitan dengan aktiviti riadah di Sungai Menerong dilaporkan selepas tarikh tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kasemani berkata, tindakan penambahbaikan telah dilaksanakan melibatkan pelbagai agensi kerajaan bagi memastikan kawasan perkelahan tersebut bebas daripada ancaman kencing tikus pada Jun lalu.

Tambah beliau, pemantauan berkala telah dilakukan dengan Sungai Menerong disahkan bebas sepenuhnya daripada bakteria leptospirosis.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan orang ramak mendapatkan maklumat tepat daripada agensi berkaitan sebelum menularkan sesuatu berita yang dikhuatiri palsu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI