fbpx

RichWorks bantu usahawan desa rebut peluang jadi jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan (enam dari kanan) pada majlis pelancaran Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB) di Shah Alam baru-baru ini.

PETALING JAYA – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) membuka peluang kepada usahawan desa untuk me­ningkatkan pendapatan melalui program bimbingan daripada syarikat untuk meningkatkan ilmu serta memberi panduan kepada mereka menjadi lebih maju ke hadapan.

Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd. berkata, kini pilihan ditangan mereka untuk merebut peluang melalui program kerjasama RichWorks dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Program tersebut adalah u­saha rintis syarikat untuk melahirkan usahawan jutawan desa melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J@KPLB).

Menurutnya, kerjasama ini seiring dengan misi RichWorks untuk melahirkan 25 bakal usahawan jutawan desa.

“Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks mempunyai formula terbukti, ilmu dan strategi terkini, bagi seseorang usahawan itu transformasikan bisnes ke tahap lebih tinggi.

“Kita bercakap berdasarkan bukti dan pencapaian dalam membimbing usahawan yang mana 326 usahawan telah berjaya mencapai jualan RM1 juta sejak 2019 dan pada tahun lalu sahaja, seramai 72 usahawan jutawan dilahirkan.

“Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan KPLB di bawah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan pengurusannya,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Radz menjelaskan, golongan usahawan khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) perlu ada persediaan untuk berdepan rintangan yang semakin mencabar ketika ini.

“Persediaan tersebut seperti dikatakan Azizan boleh menjadi kunci untuk mereka bertahan bahkan berkembang lagi.

“Kami tahu, kebanyakan usahawan kini berdepan cabaran ekoran kenaikan kos operasi serta perubahan trend pembelian yang membuatkan mereka berasa buntu hingga kurang fokus dengan strategi kurang tepat,” jelasnya.

Selain itu, tambah Radz, sebenarnya masih ramai usahawan di luar sana termasuk dari luar bandar yang berniaga lebih tiga tahun dan membuat perancangan untuk mencatat pendapatan RM1 juta, tetapi sehingga kini masih belum ada yang berjaya.

“Sebab itu, kami menjemput usahawan ini, yang sudah bertahun berniaga untuk hadir program pada hujung Oktober nanti,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI