PETALING JAYA – Terpesona melihat kecantikan anak pemimpin politik, ruangan komen gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama dua orang anak perempuannya membuatkan ramai ingin berjodohan dengan anaknya.
Orang ramai mula memanggil Ahmad Zahid di ruangan komen dengan gelaran ‘abah’, ‘ayah’ dan ada juga memaklumkan diri mereka sebagai ‘bakal menantu’ kepada anak perempuan beliau.
Melalui satu hantarannya di Facebook tengah hari tadi , gambar yang dimuat naik adalah orang yang menjadi ‘tulang belakang’ beliau yang dilepas dan dibebaskan atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).
“Alhamdulillah. Tahniah ayah, Salam sayang dari menantumu yang berada di selatan tanah air,” gurau No Perfecta.
“mudah-mudahan ada jodoh antara kita, dan selamat maju jaya abah,” ujar Rozaimi Azmi.
“Alhamdulillah abah bebas dari pertuduhan 40 kes, nak hantar lamaran boleh kan abahku sayang ?” kata Mrdean Yamaha.
“Manis senyuman datuk. Yang kiri dan kanan juga ibarat gula dan madu, kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke lantai,” ujar Azlan Firdaus Drahman. -KOSMO! ONLINE.