fbpx

Ramai gagal setia terjebak skandal di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Bermula dengan gurauan, membawa kepada keluar makan dan kemudian pergi ‘outstation’ bersama dan berakhir dengan zina”.

Demikian secara ringkas kronologi yang dikongsikan kumpulan TikTok, Peguam Syarie & Pusaka dalam menggambarkan kehidupan sebahagian pasangan curang di luar sana.

Menurutnya, banyak kes melibatkan masalah kecurangan suami atau isteri orang sehingga menyumbang kepada keruntuhan rumah tangga adalah disebabkan mempunyai skandal di tempat kerja.

“Banyak kes rumah tangga hancur disebabkan skandal di pejabat.

“Zina itu tidak berlaku pada hari pertama kenal, tetapi bermula dengan beberapa langkah yang dianggap ringan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, pergaulan sesama rakan sekerja perlu mempunyai limit (batasan).

“Tiada keperluan untuk makan berdua, bergurau berlebihan dan bermesej selain urusan kerja.

“Berjaga-jaga sebelum merana. Baik suami orang atau isteri orang. Biar orang kata garang daripada berlaku curang,” pesannya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI