fbpx

Najib selesai rehabilitasi, kembali ke Penjara Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika hadir Majlis Perasmian Hospital Rembau, di sini, hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini dibenarkan keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras dan dihantar semula ke Penjara Kajang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Najib sudah dibenarkan keluar pukul 3.20 petang tadi dan berada dalam keadaan stabil.

“Datuk Seri Najib dirujuk kepada hospital sebab dia (Najib) mengadu tentang tahap kesihatan dia. Dia sudah pun diberi rehabilitasi dan sekarang ini pandangan pakar adalah beliau sudah bersedia dalam keadaan yang stabil untuk discharge.

“Dalam Kementerian Kesihatan ni, kita dengar pandangan pakar… sata tak boleh campur tangan, kalau pakar dah kata DS Najib ready untuk discharge, maka discharge lah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Majlis Perasmian Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Penjara mengesahkan Najib berada di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menjalani rawatan lanjutan pada 19 September lalu.

Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan oleh pakar perubatan bagi menjalani pemeriksaan kesihatan setelah dimaklumkan keadaannya yang tidak memuaskan.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI