fbpx

Minat tidak direstui, bapa bakar koleksi Kpop anak dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tiktok yang memaparkan koleksi peribadi Kpop anaknya dibakar

PETALING JAYA – Hancur hati seorang remaja mendapat tahu semua koleksi Kpop peribadinya sudah hangus menjadi abu dibakar apabila minatnya tidak direstui kedua ibu bapanya.

Video berdurasi 1 minit 28 saat yang dikongsi @cikatienn di TikTok menunjukkan anaknya yang menangis apabila masuk ke dalam bilik dan mendapati barangnya sudah tiada kerana sudah dibakar.

Dalam video yang sama turut memberitahu, terdapat barang yang anaknya beli dengan harga mahal dan ada yang kawannya berikan sebagai hadiah.

Anaknya yang dalam keadaan sedih turut pergi ke tempat barangnya itu dibakar untuk mengutip semula serpihan-serpihan yang masih ada.

Kecaman dan nasihat diluahkan orang ramai di ruangan komen dan merasakan tindakan itu adalah sangat keterlaluan dan akan mengganggu emosi serta kepercayaan anak terhadap keluarganya.

“Jangan kongkong anak nak minat apa, kalau nak tegas sila pantau, kalau salah boleh kata tidak, jangan sampai anak tak suka kita,” Kata Mssue.

“Mak ayah dulu juga obses tampal poster artis kesayangan Nirvana dekat dinding, tak tahu ke barang kpop boleh jual balik?” ujar Izzazafierah.

“Inilah punca anak lebih percaya kawan dekat luar berbanding keluarga sendiri. Kononnya alasan tegas sebab mendidik, percayalah lepasni mesti semua dia akan sorok daripada keluarga,” jelas Along. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI