fbpx

Martinez, Romero tak lepas masuk AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTINEZ (kiri) terpaksa kembali ke Argentina untuk memohon visa selepas kedutaan AS di London ditutup ekoran kemangkatan Ratu Elizabeth II. – AFP

FLORIDA – Malang menimpa pemain pertahanan Manchester United, Lisandro Martinez apabila tidak dapat menyertai rakan sepasukan Argentina kerana berdepan isu visa untuk masuk ke Amerika Syarikat (AS).

Pasukan yang dikenali sebagai La Albiceleste itu dijadualkan bertemu Honduras pada aksi persahabatan di Stadium Hard Rock pagi esok, namun berkemungkinan besar turun tanpa khidmat Martinez.

Sekiranya dia tidak dapat beraksi dalam dua aksi persahabatan menentang Honduras dan Jamaica, ia mungkin memberi masalah kepada jurulatih Argentina, Lionel Scaloni yang mahu mencari keserasian pemain sebelum ke Piala Dunia 2022 November depan.

Selain Martinez, bek tengah Tottenham Hotspur, Cristian Romero turut berdepan isu sama dan kedua-dua pemain itu perlu mencari jalan penyelesaian segera jika mahu beraksi dalam perlawanan persahabatan tersebut.

Difahamkan, kedutaan Amerika Syarikat (AS) di London masih ditutup atas sebab kemangkatan Ratu Elizabeth II baru-baru ini dan ia memberi masalah kepada dua pemain yang berpangkalan di Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

Justeru, Martinez dan Romero dikatakan terpaksa pulang ke Argentina bagi memohon visa kemasukan ke Amerika Syarikat (AS), namun ia memerlukan sedikit masa dan kedua-dua pemain mungkin terlepas aksi menentang Honduras.

Martinez dianggap antara pemain penting buat Argentina selepas dia mencipta gandingan cukup baik bersama Raphael Varane di United selain beraksi dalam kesemua lapan perlawanan musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI