fbpx

Mahkamah: Azeez lepas tanpa bebas 3 tuduhan rasuah, 6 tuduhan pengubahan wang haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez (tengah) ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan rasuah dan enam pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah.

Hakim Azura Alwi memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Aslinda Ahad mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Beliau berpuas hati bahawa setiap kes perlu dibezakan berdasarkan fakta dan isu utama adalah kuasa budi bicara mahkamah bagi menentukan sama ada tertuduh patut diberi perintah DNAA atau dilepas dan dibebaskan (DNA) daripada pertuduhan.

Terdahulu, Aslinda memohon agar Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan atas alasan representasi yang dikemukakan oleh tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.

Pada 7 September lalu, Mahkamah Sesyen diberitahu, Abdul Azeez mengemukakan representasi kelima kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi membatalkan baki sembilan pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang sedang dihadapinya.

Hari ini ditetapkan bagi sebutan kes untuk memaklumkan kepada mahkamah perkembangan representasi berkenaan.

Abdul Azeez pada asalnya didakwa pada 16 Januari 2019 atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 tuduhan pengubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah melibatkan Lebuhraya Persisiran Pantai Baru dan kerja-kerja menaik taraf Jalan Persekutuan FT005 (Teluk Intan ke Kampung Lekir, Perak). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI