fbpx

Lelaki berpakaian seperti Adolf Hitler dihukum penjara 4 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menurut pendakwa raya, Timothy Hale-Cusanelli memakai misai gaya Hitler di tempat kerja. – Jabatan Keadilan

WASHONGTON – Seorang bekas anggota tentera simpanan Amerika Syarikat (AS) yang didakwa merupakan ketua sebuah kumpulan pelampau kulit putih, dijatuhi hukuman penjara empat tahun di mahkamah persekutuan kerana peranannya dalam rusuhan di Capitol pada awal 2021, lapor agensi berita United press International (UPI) semalam.

Timothy Hale-Cusanelli, 32, dirakam mempunyai misai seperti diktator Nazi, Adolf Hitler didapati bersalah pada Mei lalu atas lima pertuduhan termasuk jenayah menghalang prosiding rasmi.

“Saya memalukan pakaian seragam dan negara ini,” kata Hale-Cusanelli sambil mengaku mengatakan ‘perkara jelek’ yang ‘menjijikkan’.

Tertuduh yang juga pernah menjadi kontraktor keselamatan dari New Jersey turut berjanji kepada hakim bahawa beliau tidak akan melihat wajahnya di mahkamah lagi.

Hakim Mahkamah Daerah, Trevor McFadden menjatuhkan hukuman penjara terhadap Hale-Cusanelli seminggu selepas beliau menjatuhkan hukuman terhadap tiga defendan lain berkaitan insiden pada 6 Januari tahun lalu.

McFadden juga menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun terhadap Hale-Cusanelli dan memerintahkannya membayar AS$2,000 (RM9,153) sebagai ganti rugi, lapor CNN.

Rusuhan itu dilakukan oleh penyokong radikal bekas Presiden AS, Donald Trump yang menyerbu Kongres untuk mengganggu pengesahan kemenangan pilihan raya Joe Biden. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI