fbpx

KPDNHEP Kelantan rampas 2,560 utas jam tangan tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa KPDNHEP memeriksa jam tangan tiruan yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Kota Bharu semalam. - Foto IHSAN KPDNHEP KELANTAN

KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas sebanyak 2,560 utas jam tangan jenama terkenal tiruan yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran di sini semalam.

Pengarah KPDNHEP Kelantan, Azman Ismail berkata, kesemua barangan bernilai RM25,600 itu dirampas dalam serbuan di sebuah stor di sini selepas pihaknya menerima aduan daripada wakil pemilik cap dagang produk tersebut.

Menurutnya, intipan dijalankan selama seminggu sebelum serbuan dijalankan di premis itu.

“Pemeriksaan di dalam stor itu kemudiannya telah menemui pelbagai jenis jam tangan getah yang terdiri daripada jenama terkenal.

“Siasatan awal mendapati, pemilik premis itu membeli kesemua barangan itu dari luar negara sebelum ia dipercayai akan dijual secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azman, pemilik premis itu juga dikesan melakukan jualan secara langsung di media sosial dan mampu memperoleh keuntungan yang tinggi.

Katanya, KPDNHEP Kelantan memberi amaran kepada individu atau peniaga supaya berhenti melakukan kegiatan penjualan barangan tiruan dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya tertangkap.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Cap Dagangan 2019 kerana melakukan kesahan mempunyai barangan dalam milikan dan kawalan bagi maksud perdagangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI