fbpx

Isteri sanggup patahkan kaki suami agar tidak pergi berperang untuk Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan iklan di St. Petersburg mempromosikan perkhidmatan ketenteraan. - AFP

MOSCOW – Pengumuman Presiden Russia, Vladimir Putin mengenai kerahan askar simpanan telah menimbulkan panik dan kekecohan dalam kalangan rakyatnya sehingga ada yang sanggup mematahkan anggota badan sendiri bagi mengelak nama mereka terpilih, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Carian enjin Google mendedahkan bahawa  majoriti rakyat Russia cuba mengenal pasti cara-cara mematahkan tangan atau kaki di rumah sebagai tindakan terdesak agar tidak dipanggil ke medan perang.

Seorang isteri dari Tyumen, Siberia secara terbuka menegaskan tidak akan membenarkan suaminya menuruti arahan tersebut.

“Saya tidak akan benarkan suami saya pergi berperang untuk Putin. Saya akan patahkan kedua-dua kakinya. Tugas dia adalah membesarkan anak-anak kami,”kata wanita itu.

Sementara itu, situasi di Lapangan Terbang Vnukovo malam kelmarin memaparkan askar Kremlin sudah mula membuat pemeriksaan ke atas mana-mana individu yang layak berkhidmat sebagai askar simpanan tetapi cuba melarikan diri.

Hampir semua individu lelaki, terutamanya mereka yang  berumur 25 hingga 35 tahun telah dipanggil berhampiran  ruang kawalan pasport untuk disoal siasat.

Mereka disoal sama ada telah membeli tiket selepas pengumuman mobilisasi Putin dan sama ada mempunyai tiket pergi balik.

Kumpulan itu juga ditanya tentang tujuan perjalanan dan status kerahan tentera sebelum diberi pelepasan untuk meninggalkan Rusia atau tidak.

Sementara itu, kumpulan pertama askar simpanan yang dihantar berperang hari ini diberi masa hanya empat jam untuk mengemas barang-barang mereka.

Klip video menunjukkan kumpula lelaki di timur Rusia memulakan perjalanan beribu-ribu kilometer selepas dipanggil dan dihantar untuk latihan ketenteraan sebelum berkhidmat di barisan hadapan dalam perang di Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI