fbpx

Guru bersara awal punca kurang guru bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (lima dari kiri) bergambar dengan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah, selepas merasmikan Galeri Tsung Wah di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto oleh MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

KUALA KANGSAR – Tindakan sebahagian guru bersara lebih awal menyebabkan terdapat sekolah-sekolah di negara ini mengalami kekurangan guru bahasa meskipun pengambilan secara one-off dilaksanakan.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, bagaimanapun Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa mengambil pelbagai usaha berterusan untuk mengatasi masalah tersebut.

“Kita sentiasa berusaha untuk memastikan jumlah tenaga pengajar yang mencukupi untuk semua sekolah namun kita tahu bahawa ada juga guru yang mengambil besara secara awal bukan mengikuti pesaraan wajib dan sebagainya.

“Selain itu ada juga guru yang mengambil cuti bersalin dan sebagainya, jadi usaha berterusan sentiasa diambil KPM untuk menangani apa-apa masalah ke arah tersebut,” katanya selepas hadir Majlis Perasmian Galeri Tsung Wah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Tsung Wah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas masalah kekurangan guru bahasa meliputi bahasa Inggeris, Cina dan Tamil di seluruh negara meskipun seramai 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP) Gred DG41 secara one-off telah dilantik dalam pengambilan khas bagi mengisi kekosongan guru di sekolah KPM di bawah bidang kuasa SPP tahun lalu.

Pada majlis berkenaan juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur SMJK Tsung Wah, Datuk Leong Kin Kun turut menggesa KPM menyelesaikan masalah kekurangan guru bahasa Cina di sekolah tersebut dengan kadar segera.

Mengulas lanjut Hang Soon berkata, pengambilan guru secara one off tahun lalu merupakan antara usaha daripada KPM untuk menyelasaikan masalah kekurangan guru yang dihadapi negara sebelum ini.

“Berbagai usaha telah kita ambil mengikut kesesuaian dan KPM sentiasa mengambil berat masalah ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI