fbpx

Eriksen gembira dianggap jelmaan legenda Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIKSEN menjadi watak penting yang diperlukan United menjelang aksi menentang Tottenham Hotspur di Old Trafford awal pagi esok. – AFP

MANCHESTER – Kecemerla­ngan Christian Eriksen yang berada di puncak prestasi ketika ini bersama Manchester United menyebabkan persembahannya mula dibandingkan dengan le­genda kelab itu, Paul Scholes.

Pemain antarabangsa Denmark itu berhijrah ke Old Trafford dengan status ejen bebas selepas kontraknya selama enam bulan bersama Brentford ber­akhir Jun lalu, kira-kira 13 bulan selepas dia terkena serangan jantung pada kempen Euro 2020.

Keputusan memilih menyertai United dilihat agak tepat apabila Eriksen berjaya menembusi ke­sebelasan utama skuad kenda­lian Erik Ten Hag itu dalam setiap perlawanan ketika ini.

Dia mendapat kepercayaan pengurus dari Belanda itu untuk mengemudi bahagian tengah yang terbukti mampu memberikan variasi baharu buat pasukan tersebut sekali gus dianggap sebagai jelmaan baharu Scholes.

“Sudah tentu ia suatu yang sangat hebat apabila diban­dingkan dengan pemain sebegitu (Scholes), tetapi anda perlu mencipta gaya dan nama tersendiri.

“Saya bertuah kerana sebelum ini pernah beraksi menentang Scholes. Dia adalah seorang pemain yang hebat dan saya gembira apabila ada yang menyamakan saya dengan dirinya,” jelas Eriksen.

Nama Eriksen tidak asing di Liga Perdana Inggeris selepas dia beraksi selama tujuh musim bersama Tottenham Hotspur bermula 2013 hingga 2020 dan dia mengakui sangat berbesar hati diberikan peranan bersama United.

“Seperti juga orang lain, saya sentiasa mengikuti perkembangan di United. Mereka adalah kelab yang besar dan tidak ada seorang pun yang tidak mengetahui mengenai United,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI