fbpx

Bekas ratu cantik Myanmar ditahan selepas 2 tahun kritik junta secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Han kekal tinggal di Thailand sejak 2020 selepas junta mengeluarkan waran tangkap susulan kritikan terbukanya pada pemerintah tentera itu. - BBC

BANGKOK – Bekas ratu cantik Myanmar, Han Lay telah ditahan oleh Polis Antarabangsa (INTERPOL) di Lapangan Terbang Bangkok, Thailand semalam.

Han atau nama sebenarnya, Thaw Nandar Aung ialah pemenang Miss Grand Myanmar 2020 yang membuat ucapan mengkritik pemerintahan junta secara terbuka semasa peringkat akhir pertandingan itu di Bangkok.

Pihak junta mengeluarkan waran tangkap serta-merta ke atas wanita berusia 23 tahun sejurus selepas pertandingan tamat,  namun Han kekal di Thailand sejak  itu.

Menurut laman berita Khaosod, Polis Diraja Thai (RTN) memaklumkan bahawa Han telah ditangkap di salah sebuah  lapangan terbang di Bangkok semasa pulang dari Vietnam selepas INTERPOL mengeluarkan waran untuk menangkapnya.

Tuduhan terhadap model Burma itu belum didedahkan.

Pegawai RTN itu tidak mendedahkan di mana Han berada tetapi beberapa media Thailand melaporkan bahawa dia berada dalam tahanan polis di lapangan terbang Bangkok.

Laporan mengatakan dia selamat dan cuba menghubungi Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian untuk mendapatkan suaka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI