fbpx

Bekas PM Pakistan mohon maaf hina hakim wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imran membuat permohonan maaf kepada Mahkamah Tinggi atas perbuatan menghina salah seorang hakim wanita pada Ogos lalu. - NDTV

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan memohon maaf di mahkamah dalam usaha dibebaskan daripada  hukuman penjara dan mengelak tuduhan menghina institusi tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Beliau memohon maaf atas kemarahannya terhadap seorang hakim wanita semasa perhimpunan bulan lalu yang dilihat sebagai ancaman terhadap badan kehakiman dan hakim secara amnya.

“Saya bersedia untuk memohon maaf jika mahkamah berpendapat bahawa saya telah melampaui batas.

“Saya memberi jaminan kepada mahkamah bahawa perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan,” kata Imran semasa perbicaraan di hadapan Mahkamah Tinggi Islamabad.

Ketua Hakim Negara, Athar Minallah berkata,  tindakan Imran itu dihargai tetapi bekas perdana menteri itu perlu mengemukakan permohonan maaf secara bertulis sebelum 3 Oktober ini, di mana beliau akan menyemak teks dan memutuskan sama ada untuk menggugurkan kes penghinaan itu.

Peguam Imran, Faisal Chaudhry kemudian memberitahu pemberita permohonan maaf anak guamnya akan dikemukakan secara bertulis kepada mahkamah dalam masa terdekat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI