fbpx

Ugut kanak-kanak kongsi video porno, lelaki warga asing dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN – Perbuatan jijik seorang lelaki warga asing memiliki sejumlah besar bahan pornografi kanak-kanak dalam komputer riba dan telefon bimbit miliknya dicekup sepasukan polis di sini, tiga hari lepas.

Difahamkan, untuk memerangkap mangsa (kanak kanak), suspek berkomunikasi dan mengugut mereka dengan menggunakan aplikasi sosial media bagi mendapatkan bahan berunsur seksual tersebut.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mendapati kesemua mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak di luar negara.

“Individu yang ditahan merupakan seorang pelajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun.

“Kejayaan penahanan adalah atas usaha kerjasama erat antara Polis Diraja Malaysia dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat,” katanya dalam kenyataan awal pagi tadi.

Susulan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban untuk pertuduhan di bawah Seksyen 5 Akta Kesalahan Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 10 Akta yang sama. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI