fbpx

Tunjuk bukti pakai tuala wanita jika tidak boleh solat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPAI Bogor melawat sekolah yang dilaporkan telah memeriksa seluar dalam pelajar yang datang haid. - Istimewa

JAKARTA – Sebuah sekolah di wilayah Bogor, Jawa Barat berdepan kecaman masyarakat apabila salah seorang gurunya didakwa mengarahkan pelajar perempuan yang tidak boleh mengerjakan solat kerana datang bulan untuk menunjukkan pemakaian tuala wanita sebagai bukti, lapor laman Coconut News semalam.

Kejadian itu  didedahkan oleh beberapa pelajar sebuah sekolah tinggi yang mendakwa bahawa seorang guru wanita menyuruh kumpulan pelajar yang datang bulan berbaris selepas mereka tidak menunaikan solat sunat dhuha.

Guru itu didakwa mengarahkan para pelajar melondehkan seluar dalam bagi memeriksa sama ada tuala wanita dipakai bagi mengesan individu yang menggunakan alasan datang haid untuk tidak solat.

Pihak sekolah bagaimanapun mengeluarkan penjelasan menafikan guru terbabit menyuruh pelajar berbogel tetapi mengesahkan memang ada pemeriksaan ke atas pelajar yang mendakwa mereka datang bulan.

Menurut pihak pengurusan sekolah, pemeriksaan itu berlaku pada 16 September lalu.

Katanya, guru itu tidak menyentuh pelajar, sebaliknya cuma mengarahkan mereka untuk menjalankan pemeriksaan sesama sendiri.

“Guru itu hanya mahu menguji kejujuran pelajar,” katanya.

Suruhanjaya Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Bogor juga telah bertemu dengan mangsa yang dikatakan dan kakitangan sekolah.

KPAI mengatakan bahawa berdasarkan siasatan awalnya, tidak ada bukti bahawa pelajar diberitahu untuk menanggalkan skirt mereka dan dakwaan itu mungkin hanya khabar angin yang dimulakan oleh pelajar yang tidak terlibat pun dengan pemeriksaan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI