fbpx

Penantian pingat empat tahun berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AL-AZIM mencuri tumpuan apabila meraih kedudukan kedua terbaik acara 10m air pistol semalam.

ATLET menembak Kedah, Muhammad Al-Azim Zakaria teruja kerana akhirnya dapat menamatkan ‘kemarau’ pingat selama empat tahun apabila meraih tempat kedua pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Al-Azim, 19, meraih pingat perak acara 10 meter (m) air pistol lelaki dengan 225.50 markah keseluruhan pada aksi final yang berlangsung di Lapang Sasar Menembak Subang semalam.

Atlet dari Pokok Sena, Kedah itu bersyukur kerana ini adalah kali pertama dia berjaya layak ke final di pentas Sukma selepas gagal melakukannya ketika edisi 2018 di Ipoh, Perak.

“Pada mulanya saya cuma sasarkan pingat gangsa sebab pesaing ramai. Namun, pesaing-pesaing lain mula menurun yang membolehkan saya mendaki daripada kedudukan kelapan hingga No.2.

AL-AZIM menunjukkan pingat perak yang dimenanginya dalam acara 10m air pistol di Lapang Sasar Menembak Subang semalam.

“Memang dah lama saya mengidam pingat sebab kali terakhir saya dapat pingat (emas) sewaktu Tingkatan 3 di Bakat Pelapis, Negeri Sembilan.

“Pingat ini sangat bermakna kerana saya boleh gunakan kejayaan ini untuk masa depan saya. Pingat ini juga boleh menjadi titik permulaan buat saya dan skuad menembak Kedah untuk Sukma 2024 nanti,” katanya.

Pelajar Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin itu tetap berbangga dengan pencapaiannya biarpun ketinggalan jauh di belakang pemenang pingat emas dari Pahang, Cheah Zen Hong yang memungut 231.70 mata.

Pingat gangsa pula menjadi milik penembak Wilayah Persekutuan, Abdul Haiqal Abdul Aziz selepas mengumpul 204.10 markah keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI