fbpx

Murid pakai jaket dalam kelas rupanya mangsa dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kecederaan baharu dan lama di seluruh badan kanak-kanak disyaki didera bapa kandungnya sejak dua bulan lalu.

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang murid tahun satu sebuah sekolah jenis kebangsaan di sini memakai jaket di dalam kelas mengundang curiga seorang guru yang kemudian menemui banyak kesan kecederaan pada badan kanak-kanak lelaki itu disyaki akibat didera.

Guru terbabit kemudian melaporkan perkara tersebut kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) yang seterusnya membuat laporan di Balai Polis Sungai Petani kira-kira pukul 8 pagi semalam.

Polis selepas itu menahan bapa kandung mangsa berusia 29 tahun yang kini direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kecederaan pada tubuh mangsa disedari guru kelas yang ternampak kesan merah pada wajah muridnya itu.

“Selain itu, murid tersebut juga dilihat dalam keadaan mencurigakan kerana memakai jaket di dalam kelas.

“Guru kemudian membuat pemeriksaan terhadap mangsa dan mendapati terdapat calar di seluruh badan, bengkak di siku, luka di bahagian telinga sebelah kiri dan terdapat kesan lebam-lebam serta bibir terkoyak disyaki akibat dipukul,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa dibawa oleh pengadu ke balai untuk membuat laporan polis.

“Laporan perubatan awal mangsa menunjukkan terdapat kesan lebam baharu dan lama di bahagian kepala, leher serta Kawasan badan.

“Doktor mengatakan ia berpunca daripada penderaan dan mangsa telah dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) pada semalam untuk rawatan lanjut dan dijaga ibu kandungnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI