fbpx

Lelaki pecah rekod dunia pandu kereta secara mengundur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BURNER bergambar bersama sijil Guinness World Records yang diperolehnya. – National Corvette Museum

FRANKFORT, KENTUCKY – Seorang lelaki dari Kentucky, Amerika Syarikat (AS) memecah Guinness World Records selepas melengkapkan pemanduan terpantas secara mengundur sejauh 1.6 kilometer (km) ketika memandu di sebuah litar lumba di negeri tersebut, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Scot Burner, memandu sebuah kereta sport jenama Corvette secara mengundur selama 75.18 saat di Taman Sukan Permotoran NCM di Muzium Negara Corvette, bandar Bowling Green.

Dalam saluran YouTube miliknya, Always Ini Reverse, Burner menampilkan percubaannya menguji keupayaan memandu secara mengundur dengan menggunakan pelbagai kenderaan.

Bagi rekod kali ini, Burner memandu sebuah kereta jenama Corvette keluaran tahun 2017.

Dia berjaya memandu sejauh 1.6 km dalam masa 75.18 saat, memecahkan rekod sebelumnya iaitu 97.02 saat.

Burner memutuskan untuk meneruskan percubaan itu selepas mendapati rekod sebelum ini telah diatasinya secara tidak rasmi.

Dia mengambil masa dua tahun untuk memastikan semua peraturan Guinness World Records dipatuhi dalam percubaan itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI