fbpx

KASA giat laksana persiapan hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kanan) mendengar penerangan berhubung projek pemulihan muara Sungai Dungun di Kuala Dungun hari ini.

DUNGUN – Persiapan menghadapi banjir pada musim tengkujuh bermula bulan November ini sedang giat dijalankan agensi di bawah Kementerian Alam Sekitar (KASA).

Menteri Alam Sekitar, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara persiapan yang sedang dilakukan ialah penyelenggaraan pintu air, pemasangan pam air dan kerja-kerja mendalamkan kawasan takungan air di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.

“Kesemua kerja-kerja persiapan terbabit dilakukan di ratusan kawasan-kawasan ‘hotspot’ (berisiko tinggi) banjir yang telah dikenal pasti di seluruh negara.

“Ia bagi memastikan semua aset itu berfungsi dengan baik pada musim tengkujuh nanti,” katanya selepas melancarkan projek pemuliharaan muara Sungai Dungun di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Tuan Ibrahim memberitahu, sebanyak 50 empangan sabo sedang dibina secara berperingkat di kawasan berisiko berlaku kejadian kepala air di seluruh negara.

Jelas beliau, empangan itu kelak akan berfungsi sebagai penahan puing termasuk bongkah batuan dan kayu selain melambatkan aliran air sekiranya berlaku fenomena kepala air di kawasan terlibat.

“Ia bertujuan untuk mengurangkan impak kepala air yang dikhuatiri bakal menjejaskan keselamatan pengunjung atau penduduk setempat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI