PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Michoacan, Mexico pada 2.16 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, gempa bumi itu berukuran 6.7 skala Richter.
“Pusat gempa bumi di 18.6 darjah Utara dan 102.8 darjah Barat dengan kedalaman 75 kilometer (km).
“Ianya berlaku 238km Selatan dari Guadalajara, Mexico,” katanya di sini tadi.
Menurut MetMalaysia, bagaimanapun susulan kejadian itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE