fbpx

Fazura dapat potret keluarga daripada Sultan, Tengku Permaisuri Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HADIAH berupa potret keluarga pemberian Sultan dan permaisuri Selangor kepada Fazura.

PETALING JAYA – Pasangan selebriti popular, Fazura dan Fattah Amin meluahkan rasa gembira dan terharu apabila menerima hadiah berupa potret keluarga kurniaan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 39, menyifatkan pemberian dari istana Selangor sebagai hadiah yang sungguh bermakna.

“Patik sekeluarga merafak sembah serta menjunjung kasih di atas kurniaan Tuanku Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri berupa sebuah potret kami sekeluarga yang sangat cantik.

“Patik sekeluarga berasa sangat terharu dan bersyukur di atas kurniaan yang amat bermakna ini. Kenangan ini amat bernilai buat patik sekeluarga dan akan diabadikan selamanya. Junjung kasih Tuanku,” kata Fazura.

Dalam hantaran itu juga, Fazura turut berkongsi momen ketika berada di Istana Bukit Kayangan sambil ditemani suaminya, iaitu pelakon Fattah Amin dan juga anak mereka, Nur Fatima Aisya ketika menghadiri majlis santapan tengah hari bersama Tuanku.

Meninjau ruangan komen, peminat pelakon filem Dendam Pontianak itu turut sama-sama berkongsi kesyukuran atas kurniaan baginda berdua kepada mereka sekeluarga.

“Alhamdulillah. Semoga bahagia selalu buat Fazura dan Fattah,” kata seorang peminatnya.

“Alhamdulillah tahniah Fazura,” ucap seorang pengguna Instagram.

Potret keluarga yang dikurniakan kepada Fazura bukanlah hadiah pertama yang pernah diterimanya daripada keluarga diraja itu. Pada September tahun lalu, Fazura pernah dihadiahkan beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor.

Pemberian syiling emas itu adalah sebagai tanda terima kasih permaisuri kepada Fazura kerana sentiasa menjadi individu yang baik kepada baginda.

Bahkan Tengku Permaisuri juga pernah menghadiahkan seutas rantai dengan loket berlian tertera huruf ‘F’ bersempena ulang tahun pertama kelahiran Fatima pada tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI