fbpx

EPL: Erik Ten Hag tiru Klopp, Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED kini memiliki skuad yang lebih stabil di bawah kendalian Ten Hag yang mengutamakan disiplin pemain. – AFP

MANCHESTER – Pemain te­ngah Manchester United, Bruno Fernandes mendedahkan pe­ngendali pasukan itu, Erik Ten Hag cuba menerapkan gaya pe­ngurusan yang diamalkan pengurus Liverpool serta Manchester City, Jurgen Klopp dan Pep Guardiola.

United memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan agak hambar, namun mereka nampaknya sudah mula menemui rentak sebenar apabila mencatat lima kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Liverpool dan Arsenal.

Fernandes berkata, bekas jurulatih Ajax itu memberikan impak cukup besar dalam pasukan kerana menerapkan disiplin yang tinggi serta peraturan ketat untuk semua pemain.

“Pertama sekali, beliau memiliki idea dan gaya yang menarik. Anda perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dan beliau sa­ngat tegas dengan perkara itu. Beliau menerapkan disiplin yang tinggi dalam pasukan.

“Perkara itu sudah lama dilakukan Pep (Guardiola) dan Jurgen (Klopp), sebab itulah mereka memiliki pasukan yang stabil. Ten Hag juga hanya mahu membawa masuk pemain yang hanya diperlukan pasukan,” katanya.

Pemain antarabangsa Portugal itu juga percaya United hanya memerlukan sedikit masa lagi bagi menyesuaikan diri sepenuhnya dengan gaya permainan yang diterapkan Ten Hag pada musim ini.

“Kami masih ada ruang untuk memperbaiki permainan dan perlukan sedikit masa sahaja lagi bagi menyesuaikan diri dengan corak permainan beliau. Saya percaya semua pemain tahu apa yang beliau mahukan,” ujar Fernandes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI