fbpx

Dua bot nelayan Vietnam ditahan, rampasan bernilai RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua buah bot nelayan Vietnam ditahan kerana menceroboh perairan negara di Kuala Kuantan di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Jabatan Perikanan Malaysia berjaya menahan dua bot nelayan Vietnam melakukan aktiviti mencandat sotong di perairan Pahang kira-kira 40.3 batu nautika dari Kuala Kuantan di sini semalam.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 9 pagi itu pihaknya turut menahan 12 kru kapal dan merampas pelbagai barangan termasuk hasil tangkapan yang bernilai RM300,000.

“Ketika serbuan dibuat mereka sedang beristirehat dan pemeriksaan mendapati mereka baru sahaja dua hari memasuki perairan negara dan melakukan aktiviti mencandat sotong.

“Sotong di perairan negara mempunyai saiz besar dan mereka boleh menjual pada harga RM60 hingga RM80 sekilogram, tambahan pula ketika ini nelayan tempatan kurang ke laut disebabkan ribut kuat dan mereka mengambil peluang untuk mencuri hasil di laut kita,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Pemantauan Vesel Penangkapan Ikan Asing zon timur siri 1 (10/2022) di di sini hari ini.

Menurutnya, lokasi kedua-dua kapal berkenaan dikesan menggunakan Sistem Pemantauan Vesel Jabatan Perikanan serta aduan daripada nelayan tempatan.

Katanya, selain sotong dianggarkan lebih 20 kilogram pihaknya merampas peralatan navigasu dan komunikasi dengan anggaran nilai berjumlah RM300,000.

“Kesemua 12 nelayan berumur 16 hingga 59 tahun yang ditahan akan disiasat dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan Malaysia 1985 dan Seksyen 16 (3) Aka Perikanan Malaysia 1985 (Akta 317) kerana melakukan kesalahan memasuki perairan Malaysia dan melakukan penangkapan ikan di perairan Malaysia.

“Kesemua mereka juga akan direman selama 10 hari bermula semalam dan akan dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan itu selepas siasatan selesai,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Muhammad Aznan berkata, Perikanan Malaysia memandang serius kesalahan yang melibatkan pencerobohan kedaulatan perairan dan melakukan kerosakan kepada sumber perikanan negara.

Katanya pemantauan, kawalan dan pengawasan akan dilakukan berterusan bagi memastikan kelestarian sumber perikanan negara sentiasa terjaga.

“Kita juga memohon kerjasama dari orang awam yang mengetahui sebarang salah laku berkaitan sumber perikanan negara yang melibatkan dengan Akta Perikanan 1985.

“Orang ramai boleh menyalurkan aduan dan maklumat kepada pusat kawalan FISHCOM Putrajaya di talian 03-8870 4058 atau terus ke Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI