fbpx

Dakwaan Perdana Menteri gagal tidak berasas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Fazmi.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Fazmi Sayid Mohamad menyifatkan kenyataan bahawa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbanding Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan tersebut tidak berlandaskan fakta yang tepat dan boleh dipertikaikan.

“Berdasarkan fakta, berlaku banyak peningkatan di bawah pemerintahan Ismail Sabri sejak mengambil alih tapuk pimpinan Ogos tahun lalu.

“Baru-baru ni Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah bentangkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencapai 8.9 peratus iaitu kadar tertinggi di Asia Tenggara dan dapat kurangkan kadar pengangguran sebanyak 3.8 peratus selain dapat mengawal inflasi.

“Berdasarkan tindakan kerajaan, ia demi kesenangan rakyat. Kalau nak kata gagal kita dah tunjukkan fakta bahawa kerajaan dalam proses yang betul, ke arah pemulihan. Jadi pada saya tiada istilah gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas setiausaha sulit Muhyiddin Yassin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad, yang mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan presiden Bersatu itu berbanding Perdana Menteri kini.

Marzuki berkata, kajian Merdeka Centre for Opinion merekodkan markah Ismail Sabri menurun secara konsisten dengan purata 45 peratus sejak awal tahun ini serta markah di bawah paras 50 peratus ini adalah markah gagal.

Pada masa sama, Syed Fazmi turut meraikan 47 orang kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) dari Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK), Maharani, Muar dengan mengadakan lawatan ke Skybridge, Aquaria dan sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) .

Program tersebut merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Petronas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI