fbpx

Curi rak restoran demi belanja sekolah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek dikatakan tidak mempunyai wang untuk diberikan sebagai belanja sekolah anaknya. - Agung Pambudhy

JAKARTA – Seorang lelaki di Bogor, wilayah Jawa Barat dicekup orang ramai kerana mencuri rak hadapan sebuah restoran bagi mendapatkan wang untuk membiayai persekolahan anaknya, lapor laman berita Detik semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di media sosial, lelaki yang hanya dikenali sebagai AAL, 42, itu ditangkap oleh orang ramai yang sesekali memukulnya kerana mencuri.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis Bogor, Iptu Desi Triana, kejadian itu berlaku pada malam Selasa lalu dan suspek diberkas polis  pagi semalam.

“Menurut maklumat, suspek mencuri kerana faktor ekonomi. Dia tidak mempunyai wang untuk diberikan sebagai belanja sekolah anaknya,” katanya.

Tambah Iptu, suspek mencuri rak hadapan sebuah restoran yang menjual menu pecel lele (ikan keli).

“Harga rak itu hanya 500,000 rupiah (RM152), jadi motif pencurian adalah keadaan ekonomi yang susah.

“Disebabkan nilai barangan yang diambil hanya 500,000 (RM152), pihak restoran tidak membuat apa-apa tuntutan kerana suspek benar-benar orang susah,” jelasnya.

Iptu berkata, suspek dan pemilik restoran akan berbincang mengenai kes tersebut di Balai Polis Cibungbulang untuk menyelesaikannya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI