fbpx

Taliban akan haramkan TikTok, PUBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG remaja Afghanistan bermain permainan PUBG pada telefon bimbitnya di sebuah taman di Kabul pada 21 April 2022. - AFP

KABUL – Pemerintah Taliban akan menguatkuasakan larangan penggunaan aplikasi perkongsian video popular, TikTok dan permainan video PUBG di Afghanistan dalam masa 90 hari, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Sejak organisasi itu memerintah Afghanistan, pelbagai platform media dan laman web disekat kerana menerbitkan maklumat serta kandungan yang dianggap tidak bermoral. 

Hak dan fungsi saluran media di negara Asia Selatan itu turut disekat sejak pengambilalihan kuasa oleh Taliban.

Dalam persidangan bersama pegawai sektor keselamatan dan pentadbir undang-undang syariah, pemerintah Taliban mengumumkan akan mengharamkan dua aplikasi itu di Afghanistan dalam tempoh masa tersebut, lapor agensi berita Khaama Press.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi dan internet di Afghanistan telah dimaklumkan mengenai larangan itu dan diminta mematuhinya dalam masa yang ditetapkan.

“Kami telah menyekat 23.4 juta laman web. Mereka menukar halaman setiap kali disekat. Jadi setiap kali anda menyekat satu laman web, satu lagi akan akif,” kata Menteri Komunikasi, Najibullah Haqqani.

Dalam pada itu, timbalan menteri komunikasi Afghanistan, Ahmad Masaoud Latif Rai menyelar Facebook kerana enggan bekerjasama dengan Taliban mengenai penyederhanaan kandungan online.

Terdapat perubahan besar dalam budaya media di Afghanistan termasuk penutupan lebih daripada setengah juta saluran media, larangan ke atas beberapa saluran dan laman web, peningkatan sekatan kerja, keganasan dan ancaman terhadap wartawan.

Sejak Taliban berkuasa, lebih 45 peratus wartawan telah meninggalkan pekerjaan mereka, manakala sekatan yang semakin ketat terhadap media di Afghanistan juga mendapat kritikan meluas masyarakat antarabangsa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI