fbpx

Remaja tidak boleh terkena air akibat alahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadis ini mengalami sindrom tanpa penawar yang hanya menyerang satu dalam 230 juta orang. - Sadie Tessmer

BUFFALO, Missouri – Seorang remaja perempuan mengalami sejenis sindrom yang jarang berlaku apabila dia mempunyai alahan terhadap air yang menghasilkan kesan seperti dibakar ke atas badannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Remaja dari negeri Missouri, Amerika Syarikat (AS), Sadie Tessmer berkata, alahan yang digelar ‘aquagenic urticaria’ mula menyerangnya pada akhir tahun lalu.

“Keadaan ini menghalang saya untuk keluar berenang di pantai, bermain kayak di tengah tasik atau berpeluh semasa berlatih bola sepak.

“Air membuatkan badan saya kelihatan seperti dibakar api dan ruam-ruam merah akan muncul. Sepanjang musim panas lalu, saya hanya tinggal di rumah dan mengelak semua aktiviti luar yang menyebabkan saya berpeluh,” jelasnya.

Tessmer masih boleh meminum air tetapi mesti menggunakan penyedut minuman bagi mengelakkan cecair itu menyentuh bibirnya.

Alahan kepada air sangat jarang berlaku, dengan hanya kira-kira 100 orang atau kurang daripada satu dalam 230 juta dianggap terjejas di seluruh dunia. 

Tiada penawar yang boleh ditawarkan kepada penghidap sindrom itu dan pakar memberi amaran bahawa serangan ruam boleh membawa maut jika ia menjadi terlalu teruk.

Tessmer sebelum ini tidak mempunyai masalah dengan air dan suka berenang, bermain bola sepak atau pergi ke pantai sehingga akhir 2019. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI