fbpx

PRU-15 tidak sesuai musim banjir – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy ketika temubual sempena setahun pencapaian YB Menteri Kesihatan di Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.- FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan cadangan untuk melaksanakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada musim banjir adalah tidak sesuai.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ada beberapa faktor akan terjejas sekiranya ia dilaksanakan termasuk soal keselamatan, keperluan tenaga kerja dan kesihatan rakyat.

“Lazimnya, kita elakkan pilihan raya pada musim banjir kerana banyak tenaga kerja perlu dikerahkan untuk menjaga kawasan pemindahan sementara (PPS) dan keselamatan rakyat.

“Pada musim banjir juga, pelbagai kemudahan diperlukan termasuk PPS dimana sekolah-sekolah turut digunakan sebagai pusat membuang undi.

“Faktor kesihatan juga perlu diambil kira apabila berlaku banjir iaitu peningkatan penyakit berjangkit kerana bencana itu berisiko ada penyakit-penyakit bawaan air meningkat,” katanya pada sidang akhbar sesi temubual khas sempena pencapaian setahun Khairy mengetuai Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Katanya, KKM juga perlu bersedia termasuk rawatan kecederaan atau demam dan selsema disebabkan cuaca.

Mengulas isu berkenaan dibangkitkan ketika mesyuarat Kabinet pagi tadi, Khairy berkata, ia adalah perbincangan umum dan soal tarikh PRU15 terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan bilakah waktu sesuai.

“Kalau tak suarakan pun (PRU musim banjir), PM pun faham perkara ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI